Monday, October 15, 2012

Kenapa jaminan belian balik emas PENTING?


Dalam pelaburan emas, jaminan belian baik dengan spread yg rendah adalah salah satu factor yang penting untuk untung besar dan cepat dalam pembelian dan pelaburan emas.

KENAPA???

Ketika harga emas rendah ataupun murah ataupun jatuh, orang ramai yang tahu nilai emas akan ramai ramai beli emas.
Yang mampu akan beli dengan kuantiti yang banyak.
Yang kurang mampu akan beli takat yang mampu.
Apa yang penting ialah bertindak dan buat pembelian.

Dan apabila harga emas naik tinggi, contoh pada tahun 2011 usd1920 per ounce, semua orang berpusu-pusu untuk menjual emas mereka dengan tujuan untuk menikmati untung hasil pembelian emas.
Dalam situasi ini, semua orang ingin menjual, jadi siapa kah pembeli yang akan beli emas kita?
atau adakah orang nak beli emas kita pada masa harga emas mencapai tahap tinggi?
Jika tiada pembeli, macamana kita nak jual dan tuai hasil?

Sebab itu jaminan belian balik adalah penting dalam pelaburan emas.
Bila kita beli emas pada syarikat yang menjanjikan belian balik, pembeli tidak merasa sukar untuk menjual emas mereka apabila harga mencapai tahap tinggi. ....hati pun senang sebab tidak perlu pening pening kepala untuk mencari pembeli.

Di Malaysia ada beberapa syarikat yang memberi jaminan belian balik.dan salah satunya adalah Public Gold yang menawarkan Jaminan Belian Balik 24 jam 7 hari seminggu dengan SPREAD RENDAH.

Pada masa harga mencanak tinggi pada jam 2am pun anda masih boleh menjual rmas anda.
Bagus kan. Sebab anda tidak akan terlepas harga puncak.

Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat boleh lah cal 0122902002.



Friday, October 5, 2012

Untung dalam pelaburan emas

Pastikan setiap kali anda membeli emas dan menjualnya, anda dapat untung...maka anda adalah orang yang bijak.
Jadi emas yang anda beli untuk dapat untung mestilag mempunyai ciri ciri berikut;
1.spread yang renda
2.mudah dibeli
3.mudah dijual
4.dikenali ramai
5.emas tulin...ada assayer yang di iktiraf.

Spread emas rendah adalah kelebihan yang ada pada emas Public Gold.Antara kelebihan Public Gold ialah boleh jual dan lock harga 24jam....jadi bila harga menaik tinggi 2pagi pun masih boleh lock dan jual ke Public Gold

Jadu dengan kelebihan yang ada ini anda tidak akan terlepas harga tinggi walaupun pada masa orang tengah nyenyak tidor...

Jadi ambilah kesempatan dan peluang yang ada dengan membeli dan simpan emas Public Gold.

Nak tanya pasal bisness emas boleh la cal 0122902002



Friday, September 7, 2012

Harga emas dah naik...apa nak buat?

Alhamdulilah harga emas telah naik semula ke paras Usd1739 per ounce.(7th Sept 2012)
Dengan kenaikan harga emas ni bermacam macam reaksi boleh dilihat dari penyimpan emas,pelabur emas dan juga peniaga emas.
Apa nak buat? Nak jual ke?Nak beli ke? Atau nak terus simpan?
Berikut adalah pandangan saya berdasarkan pengalaman dan maklumat dari rakan rakan.
Emas sebagai Aset dan Harta.
Kalau anda menyimpan emas sebagai ASET dan untuk melindungi harta anda dari dimamah inflasi...maka simpan la emas anda sebagaimana anda membeli aset seperti tanah dan juga rumah.
Simpanan untuk jangkamasa depan dan panjang
Emas sebagai Pelaburan
Kalau anda beli emas untuk menjana duit fiat maka sekarang adalah masa sesuai untuk anda menukarkan emas anda kepada duit fiat atau duit kertas.
Juga masa sesuai untuk menjual jika anda sudah bosan simpan emas dan nak merasai keuntungan hasil dari simpanan emas.
Setiap yang naik pasti akan turun, jadi belilah semula emas jika harga turun kembali.
Emas sebagai Perniagaan.
Kepada yang menjadikan emas sebagai perniagaan, setiap masa adalah sesuai untuk menjual dan membeli emas. Tapi kalau nak untung besar belilah emas semasa harga rendah dan jualah semula pada harga tinggi.
Setiap pelaburan mesti ada risiko.Dalam situasi ini risiko yang akan anda hadapi apabila menjual emas anda ialah berkemungkinan besar anda tidak dapat membeli semula dengan harga yang anda jual.mungkin anda terpaksa beli dengan harga yang lebih tinggi.
Jadi.... Apa nak buat? Jual?Beli lagi?  atau terus simpan.
Untuk tidak memeningkan kepala , saya membahagikan kepada tiga bahagian.30% simpanan, 30% pelaburan dan 40% utk pelaburan...dengan cara ini saya boleh membeli, menjual dan menyimpan pada bila bila masa dan target utama saya ada supaya simpanan emas saya bertambah hasil dari pelaburan dan perniagaan emas saya...
Jom kita jadi penyimpan, pelabur dan peniagaa emas. 
Maklumat lanjut boleh la hubungi 0122902002

Saturday, August 25, 2012

Simpan duit Raya Anak pada Dinar dan Dirham

Salam semua dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Biasanya pada tahun tahun sebelum ni duit raya anak anak akan saya masukkan dalam simpanan ASB.
Tapi tahun ni saya tukar strategy dengan menukarkan duit raya anak anak pada dirham.Nak tukar pada dinar x cukup, jadi kita simpan dalam dirham ajelah.
Bila kita cerita kat anak anak nak ditukarkan duit raya pada dirham secara x lagsung kita dah educate anak anak kita untuk menyimpan dalam emas dan perak.Dirham dapat, Ilmu pun dapat. INSYAALLAH.



Wednesday, August 22, 2012

Harga emas sedang mendaki semula


Alhamdulilah, setelah hampir setahun harga emas agak flat pergerakan nya seperti tahun 2008, tetapi dalam minggu ni pergerakan nya banyak kepada trend menaik. Usd 1660/peraunce pada 10am 23th Aug 2012.
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini jika trend yang sama pada tahun 2008 berulang, maka emas akan terus menaik dan naik.Jadi bertindak lah dari sekarang dengan melabur dalam emas fizikal.
Pelaburan emas fizikal adalah antara pelaburan terbaek dan dijamin nilainya tidak dimamah dengan inflasi.
Emas sejak dari dulu hingga akan datang dan berterusan tetap dinilai berharga oleh seluruh dunia....kerana emas menyimpan nilainya tersendiri.
Jangan takut dan yakinlah dengan pelaburan emas fizikal anda.

Cuba bandingkan pergerakan emas pada tahun tahun 2008 dan 2012 dalam link dibawah
http://otakemas.blogspot.com/2012/07/tips-pelaburan-jangan-takut-rugi.html



Maklumat lanjut tentang pelaburan emas, anda boleh cal 0122902002 atau email ke gernapower@gmail.com

Thursday, August 16, 2012

Resale value/Susutnilai Beli Kereta dan SPREAD Emas

Ibarat beli 2 kereta,
satu beli kereta brand Jepun Harga Mahal dan.....
satu lagi beli kereta brand Continental, rega murah sikit.........
 Pastu lepas 3 tahun jual balik,
....agak- agak susut nilai kereta mana yang banyak jatuh?
....agak-agak kereta mana yang jual rugi banyak?

Pengalaman saya masa membeli kereta, salesman akan advice kita supaya beli kereta yang mempunyai RESALE value yang tinggi,iatu harga jualan balik yang nilai nya tak jatuh banyak,
Walaupun harga beli agak mahal, tapi bila dijual semula, tak banyak harga yang jatuh, maka kereta itulah pilihan terbailk.

Begitu jugalah dalam pelaburan emas,  SPREAD sangat penting untuk pelabur yang ingin memulakan pelaburan emas, kerana jika emas yang dibeli mempunyai spread yang rendah , maka pelabur itu akan menikmati keuntungan yang besar dan cepat jika harga emas naik berbanding dengan pelaburan emas yang mempunyai spread yang tinggi.

Bijak-bijak lah memilih dalam pelaburan emas anda.

Thursday, July 26, 2012

Tips Pelaburan - Jangan takut rugi

Jangan takut pada kerugian jika nak untung dalam pelaburan. Rugi adalah risiko yang harus diambil dalam setiap pelaburan.Jarang nak jumpa pelaburan yang tiada risiko.Kalau ada pun mungkin pulangan nya rendah.

High Risk High Return
Low Risk Low Return

Tetapi dalam pelaburan emas boleh dikatakan Low Risk High Return.

Kenapa saya berkata begitu sebabnya ialah pelaburan emas untuk jangkamasa panjang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi.
Lagi lama disimpan lagi tinggi nilainya malah tidak dimamah oleh inflasi.

Cuma tahun ini 2012 trend harga emas yang lebih kepada turun dan sideway telah membuatkan ramai pelabur pelabur emas merasa rugi dalam pelaburan emas.

Sebenarnya dalam pelaburan emas kalau anda berpegang kepada berat emas yang dipegang dan bukan cashflow, sebenarnya anda tidak rugi pun walau harga turun rendah.
Sebabnya berat emas yang anda pegang tetap sama.
Dan lagi sekiranya harga jatuh tetapi anda masih tidak menjual emas fizikal anda, sebenarnya anda tidak rugi pun sebab masih tiada transaction yang berlaku.rugi dalam perasaan sahaja.Jadi anda masih boleh simpan emas anda sehingga harga naik dan mencapai target untung anda dan jual.Mudah bukan?

Jadi sepatutnya semasa harga rendah inilah kita patut ambil kesempatan yang ada dengan membeli seberapa banyak emas yang mampu.

Takut rugi maka anda terlepas peluang untuk untung besar.Trend emas pada tahun ini lebih kurang sama dengan trend emas pada tahun 2008. Selepas tahun 2008 harga emas mencanak naik.Adakah trend menaik yang sama akan belaku selepas ini?..

Hanya ALLAH yang tahu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...