Thursday, July 26, 2012

Tips Pelaburan - Jangan takut rugi

Jangan takut pada kerugian jika nak untung dalam pelaburan. Rugi adalah risiko yang harus diambil dalam setiap pelaburan.Jarang nak jumpa pelaburan yang tiada risiko.Kalau ada pun mungkin pulangan nya rendah.

High Risk High Return
Low Risk Low Return

Tetapi dalam pelaburan emas boleh dikatakan Low Risk High Return.

Kenapa saya berkata begitu sebabnya ialah pelaburan emas untuk jangkamasa panjang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi.
Lagi lama disimpan lagi tinggi nilainya malah tidak dimamah oleh inflasi.

Cuma tahun ini 2012 trend harga emas yang lebih kepada turun dan sideway telah membuatkan ramai pelabur pelabur emas merasa rugi dalam pelaburan emas.

Sebenarnya dalam pelaburan emas kalau anda berpegang kepada berat emas yang dipegang dan bukan cashflow, sebenarnya anda tidak rugi pun walau harga turun rendah.
Sebabnya berat emas yang anda pegang tetap sama.
Dan lagi sekiranya harga jatuh tetapi anda masih tidak menjual emas fizikal anda, sebenarnya anda tidak rugi pun sebab masih tiada transaction yang berlaku.rugi dalam perasaan sahaja.Jadi anda masih boleh simpan emas anda sehingga harga naik dan mencapai target untung anda dan jual.Mudah bukan?

Jadi sepatutnya semasa harga rendah inilah kita patut ambil kesempatan yang ada dengan membeli seberapa banyak emas yang mampu.

Takut rugi maka anda terlepas peluang untuk untung besar.Trend emas pada tahun ini lebih kurang sama dengan trend emas pada tahun 2008. Selepas tahun 2008 harga emas mencanak naik.Adakah trend menaik yang sama akan belaku selepas ini?..

Hanya ALLAH yang tahu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...