Monday, May 21, 2012

Adakah Harga Emas Akan Kembali ke USD 1100 ?


 




Adakah Harga Emas Akan Kembali ke USD 1100 ?
Berita dari Bloomberg (Date 21st May 2012)
Banyak spekulasi-spekulasi yang dikeluarkan dengan kejatuhan harga emas pada tahun ini yang mencatat 17%.
Adakah betul emas sedang mengalami zaman kejatuhan dan akan harga nya akan mencecah USD1100 per ounce.

Kalau anda yakin ekonomi US akan pulih maka kemungkinan besar emas boleh jatuh pada USD1100. maka jualah emas yang anda ada sekarang supaya tidak mengalami kerugian yang besar.

Tapi sebelum anda jual cuba lihat dulu hutang US dalam gambar dibawah


Hutang US pada masa kini telah mencecah USD15.7Trillion (22thMay 2012) , pada tahun 2000, hutang US hanyalah sekitar 5.7Trillion Dollar. sumber http://www.usdebtclock.org/

Kalau dengan hutang US yang bertambah dan banyak, emas tetap menjadi pilihan sebagai "WEALTH PROTECTOR" jadi simpanlah emas untuk mengelakkan kekayaan anda susut sepertimana susutnya nilai duit kertas.

Maklumat lanjut pelaburan emas boleh lah menghubungi Abe Azrul 0122902002.


























Friday, April 6, 2012

Ingat!! beli dan simpan emas mulai sekarang


Salam,

Pergerakan emas masakini tidak seperti 2 tahun lepas yang mana harga sentiasa sahaja menaik.
Beli sahaj sudah untung, hanya tunggu masa sahaja untuk jual dan dapat keuntungan.
Tak perlu bimbang dan monitor harga emas kerana keyakinan yang tinggi yang harga emas semakin mahal.

Tetapi hujung tahun lepas telah memberi tamparan hebat kepada pelabur emas pasif, kerana harga yang jatuh pada bulan ogos dan trend yang tak naik dan tak juga turun (sideway).

Nak beli takut, nak jual pun takut, sudahnya tak beli.

Kalau mengikut trend emas 5 tahun, jika trend emas sekarang sama macam trend emas pada tahun 2008, maka nasihat saya pada tuan-tuan, beli lah emas sekarang kerana harganya akan melambung tinggi lagi.

INGAT ....BELI dan SIMPAN emas mulai SEKARANG.....



Friday, March 9, 2012

SMS Harga Public Gold

Salam, sekarang anda sudah boleh mengetahui harga emas Public Gold dengan menghantar SMS ke no 36828.

1) Type PG GOLDPRICE and send to 36828 to check the gold price

2) Type PG SILVERPRICE and send to 36828 to check the silver price

3) Type PG DINARPRICE and send to 36828 to check the dinar price

4) Type PG JEWELPRICE and send to 36828 to check the jewellery price(for both D and I series)

(RM0.30 will be charged for every successful request)

The command can be in capital letters or small letters.


Servis SMS Pricing ini adalah penting sebab tidak semua orang mempunyai access ke internet juga tidak semua kawasan diliputi internet.

Jadi sebarkan lah maklumat dan infor berguna ini kepada Customer dan juga Delaer-dealer anda.

Ingin tahu berkenaan Pelaburan Emas, boleh la menghubungi saya di talian 0121-2902002

Monday, February 27, 2012

Bila Nak Beli Dan Berape Banyak Nak Beli Bila Trend Menurun


Salam,

Pernahkah anda mengalami situasi dimana apabila harga trend menurun anda akan beli dan beli sehingga la anda habis Duit Fiat, dan harga terus menerus turun dan anda hanya mampu melihat sahaja sebab dah tak ada duit nak beli. Secara tidak langsung anda merasa "FRUST" dan kecewa dan bertanya kembali kepada diri anda " Kenapa la aku tak tunggu sampai turun betul-betul rendah baru lock"

Situasi diatas berlaku pada diri saya ketika trend harga emas menurun yang mana pada awalnya saya mampu meng "LOCK" dan akhirnya tak ter "LOCK"

Ini semua adalah disebabkan ilmu yang ada tak cukup untuk tahu bila waktu paling sesuai untuk dibeli dan berapa banyak nak "allocate" untuk membeli.

Seminar Strategy 5B betul-betul telah memberi ilmu dan membuka jalan kepada saya untuk menyusun strategy apabila harga turun.

Jadi saya menggalakkan kepada pelabur emas supaya luangkan sedikit masa anda untuk menghadiri seminar yang sedang diadakan, maklumat lanjut boleh click link di bawah.


Sebarang pertanyaan boleh email ke germapower@gmail.com atau cal 012-2902002,

Nak jumpa pun boleh sekitar area Shah Alam....belanja Teh Tarik pun dah cukup

Friday, January 13, 2012

Pelaburan ASB dan Emas....ASB Loan Part 1



Just nak share dengan pembaca ilmu melabur emas menggunakan duit dari ASB.

Ilmu ni saya dapat daripada pengalaman customer saya sendiri yang melabur emas Pulic Gold Rm120K sekali gus dalam satu resit pada tahun lepas.


Customer saya ini adalah salah seorang pelabur yang cukup berdisiplin dan b

oleh menyimpan duit dalam ASB secara bulanan hingga simpanan telah mencecah 120KRM.

Apabila saya cadangkan Pelaburan Emas Public Gold pada mulanya dia kurang minat,tetapi 3 bulan selepas itu minat datang melonjak-lonjak setelah membuat analisa harga emas yang asyik menaik sahaja.



Maka duit ASB 120KRM itupun dikeluarkan untuk membeli emas dan dimonitor kenaikan setiap masa untuk pastikan keputusan mengeluarkan duit dari ASB dan
melabur dalam emas Public Gold adalah tepat dan menguntungkan.

Harga emas pada bulan Dec agak mengecewakan sikit kerana penurunan harga emas yang agak drastik.

Tetapi disebabkan pelaburan bermula pada End Januari, maka performance sebenar harus dilihat pada End January juga.

Kalau dilihat harga emas pada hari ini iaitu 14 Jan 2012 adalah seperti dibawah, maka kenaikan emas Public Gold yang dilabur adalah 21.5%

Harga emas di beli pada 27 Jan 2011 (20g Bar) RM3019
Harga emas pada 14 Jan 2011 RM3671

Kenaikan ( Rm3671 / Rm 3019 ) = 21.5%
Selepas ditolak spread dealer 4.5% (6% -1%komisyen beli - 0.5% komisyen jual) , maka keuntungan adalah dalam 17% ( 21.5% - 4.5%)

Photo di bawah menunjukkan pulangan Emas Public Gold berbanding Pelaburan ASB

Ternyata pelaburan emas yang dibuat oleh Customer saya mendatangkan pulangan dua kali ganda dari pelaburan ASB.

Maklumat lanjut boleh la menghubungi 012-2902002


Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns


Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns


2012/01/07

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA

Wednesday, January 4, 2012

Kenapa perlu membeli emas semasa harga emas rendah?


Kenapa perlu membeli emas semasa harga emas rendah?

Sekarang ini adalah masa sesuai untuk anda membeli atau menambah stock emas anda kerana harga nya telah turun daripada tahap tertinggi yang pernah di capai iaitu USD1920 perounce.

Pada masa blog ini ditulis, harga emas USD 1612,masih rendah lagi dan pada kebiasaan nya ia akan kembali semula ke tahap tertinggi atau pun lebih.

Jadi rebut la peluang yang ada ini dengan melabur dalam emas.....insyaallah untung dan kalis inflasi.

Dengan membeli emas pada masa harga rendah, pada bila-bila masa sahaja harga naik , anda sudah boleh dapat keuntungan dengan menjual semua emas yang anda miliki kepada ejen berdekatan ataupun cawangan Public Gold yang berdekatan...mudah dan untung.

Cuba lihat harga tertinggi yang pernah dicapai dalam gambar di bawah.

Harga beli (PG Sell) untuk 20g RM4000 dan harga jual (PG Buy) balik RM3760. Ini adalah antara harga tertinggi yang pernah capai pada 8 Nov 2011.

Cuba lihat pula harga sekarang (5 Jan 2012) dalam gambar dibawah


Harga beli (PG Sell) 20g goldbar adalah RM 3608, jika anda membeli sekarang emas anda, dan apabila harga kemali semula ke tahap harga yang pernah dicapai, maka anda sudah mendapat keuntungan sebanyak RM 152. (Harga beli [PG Sell] pada 5 Jan RM 3608 - RM 3760).

Jadi kenapa perlu tunggu harga dah naik tinggi baru nak beli. Rebutlah peluang semasa harga masih rendah ini.


Nak tahu lanjut pelaburan emas PG, anda boleh la hubungi saya di 012-2902002.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...