Tuesday, May 17, 2011

Teknik Manipulasi dan Akibatnya......

Salam, lama rasanya tak update blog ni, hari ni tertarik nak menulis pasal teknik manipulasi.

Tulisan saya kali ni bukan nk memperkenalkan atau mengajar teknik manipulasi tapi lebih kepada kesan-kesan atau risiko yang ada.

Teknik manipulasi yang saya nak ceritakan ni adalah teknik menjana wang berganda-ganda dengan mengambil "kesempatan" atas kelonggaran system yang ada.

Teknik manipulasi ni akan berkesan jika anda ada ilmu,
juga berkesan jika apa yang dirancang dan forecast menjadi,
juga berkesan jika system dan peraturan sedia ada tidak di tukar
(selagi tak dikesan oleh pihak tertentu).

Dengan teknik manipulasi, duit yang anda miliki boleh digandakan berganda-ganda, contoh dengan modal Rm10k anda boleh gandakan menjadi Rm20k dan seterusnya....tapi ingat semuanya ini adalah dengan berhutang.

Dengan erti kata lain teknik manipulasi ini memberikan anda kelebihan atau status membuat hutang di luar kemampuan sebenar anda dan yang baiknya anda memperolehi wang lebih berganda-ganda dari wang sebenar yang anda miliki
....baik ke buruk anda fikir sendiri..duit anda, risiko anda tanggung...yang penting kena ada ilmu.

ASB Overdraft
Kalau dulu duit yang anda simpan di ASB boleh ditukarkan kepada sijil, kemudian ASB tu anda boleh cagarkan untuk buat overdraft.
Duit yang anda dapat dari overdraft digunakan untuk membeli sijil asb dan kemudian cagar utk dapat overdraft.....
Begitulah seterusnya sehingga anda dah tak boleh cagar.

Dengan cara diatas,
Modal 10k boleh jadi mungkin 20K
walaupun berhutang tapi anda masih lagi untung kerana dividen ASB adalah lebih tinggi dari interest overdraft, lebihan dividen itulah untung anda.

Walaubagaimanapun, cara diatas sudah tidak boleh dibuat untuk individu kerana peraturan-peraturan baru yang dibuat oleh pemberi pinjaman....kecuali overdraft untuk Syarikat.

(Ditulis pada 17May2011, sebarang perubahan tulisan diatas tak boleh di guna pakai)

PAJAKAN EMAS.
Agak sama juga la system manipulasi Pajakan Emas di Agrobank dan juga Bank Rakyat.

Dengan memiliki emas seberat 20gram, anda boleh menggunakan teknik manipulasi emas menjadikan emas milikan anda berganda beratnya.

Emas yang anda beli (contoh 20g) dipajak di ArRahnu, dapat duit, beli lagi emas dan pajak...dan setusnya process ini diulang sehingga anda dapat menggandakan emas anda berganda-ganda.

Sudah tentu pajakan emas anda dikenakan upah simpan, tapi kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi dari upah simpan.

Jadi disini anda dapat keuntungan dari perbezaan kenaikan harga emas dan upah simpan Ar Rahnu.

Tapi sekarang (17May2011) AgroBank pun sudah mengikuti Bank Rakyat dengan tidak menerima GoldBar untuk pajakan.Untuk berapa lama? tak berapa pasti. dengar cerita atas arahan Bank Negara..betul ke? saya pun tak buat kajian lagi , jadi tak leh nk komen.

Kalau di fikirkan balik kenapa jadi macamtu?

Adakah kerana hutang yang melebihi kemampuan menyebabkan lambakan duit fiat? dan boleh mengancam ekonomi negara?dan Bank Negara mengeluarkan arahan supaya di hentikan? tak tau la, tak ada masa la pulak nak buat kajian,
kalau student lagi best juga buat research...pasti menarik...

Dengan teknik manipulasi Overdaft dan Ar Rahnu,
apa akan jadi sekiranya ASB return kurang dari Overdraft Interest rate?
apa akan jadi kalau harga emas jatuh dan pulangan emas lebih rendah dari upah simpan ArRahnu?


Maka berlakulah NPL, orang yang meminjam tak mampu nak bayar balik pinjaman dan menjadi hutang lapok dan akan mengugat bank... (ni kira emas pun murah dan orang dah tak nak beli dan simpan la)

Kalau betullah bank negara mengeluarkan arahan atas sebab yang sama utk overdraft dan R Rahnu gold Bar, tak mustahil dengan sebab yang sama arahan akan dikeluarkan juga kepada barangan emas yang lain yang menggunakan Teknik Ar Rahnu.....


Ingat! bukan sijil ASB, bukan Overdarft, bukan GoldBar......tapi...........................

Jadi berhati-hati lah pelabur-pelabur kecil-kecilan semua.....
pastikan anda tahu selain dari kebaikan yang akan anda kecapi, pastikan anda tahu juga risiko dan akibat yang akan anda hadapi........

Apa-apa pun, tulisan saya tidak ada niat untuk menghalang atau pun menggalakkan apa anda nak buat, apa yang saya nak cuba tekankan adalah pastikan anda ada ilmu dan tahu sebelum anda buat sesuatu......

Terima Kasih....

Berminat nak beli dan simpan emas sms je 012- 290 2002 (Abe Azrul)



































Dulu Sijil ASB boleh cagar buat overdraft, beli sijil wat odraft...la ni tak leh dah(individu), dulu gold bar leh pajak, beli gold bar, pajak.....la ni tak leh dah...
system lebih kurang sama, kelebihan lebih kurang sama mampu 10k tapi dapat simpan 20k....adakah lepas ni akan jadi pada rantai tangan yang menggunakan system sama? fikir-fikir kan lah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...