Friday, February 4, 2011

Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas.


Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas.

Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.

Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.

Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...

”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli”

”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal...jadi kat mana untungnya”

”Beli emas ni nanti nak simpan kat mana”.....tahukah anda rantai tangan dan rantai leher (Barang kemas) dalam 50gram tu orang bawa jalan-jalan pun tak kisah.

Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:

1. Beli dan Simpan

2. Beli dan Ar Rahnu

3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas

Saya akan menjelaskan mengikut pengetahuan dan pengalaman saya untuk 3 cara diatas, ada juga cara yang lain dan mungkin boleh di terangkan oleh Peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur emas lain nanti.

CARA 1 : Beli dan Simpan

Modal :

Minimum 1Dinar

Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.

Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.

Jenis Pelabur :

Pelabur yang pasif,

Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,

Pelabur jangka masa panjang,

Pelabur yang sabar,

Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas


Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.

Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 3 tahun ke atas.

Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.

Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.

Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..

Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.

Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.

Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.

Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 14500. (Average Kenaikan 15% setahun)

Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm4500 sahaja .......


CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak)

Modal :

Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.

Minimum 20gram (Contoh untuk emas Public Gold)

Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.

Jenis Pelabur :

Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas,

Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan.

Pelabur yang tak reti nak bercerita pasal emas.

Pelabur yang mempunyai discipline yang kuat

Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan


Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :20g Emas x1= Rm 3000)

Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 20g (Kalau PG) dan bila dapat emas tu anda per pajak di Agro Bank.

Anda akan dapat 70% dari nilai marhum (Contoh emas 20g Rm 3000 x 70% = Rm211)

(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)

Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x3= Rm 1800)

Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1Dinar sebanyak 3 keping (cth 1Dinar Rm600 x 3 = Rm1800)

Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat Rm 1260

Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x2= Rm 1200)

Duit hasil pajakan Rm1260 tu anda boleh beli emas lagi 1Dinar sebanyak 2 keping.

Dan simpan.

Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan).

Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.

Dengan mempunyai modal sebanyak Rm3000, anda boleh memiliki emas bernilai RM6000.

Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..

Ada beberapa cara lagi untuk menebus emas anda tanpa menjual emas yang ada ditangan jika anda mampu.....sila hubungi saya 012-2902002 untuk share infor.

(Penting!!! pada masa artikel ini ditulis, gold bar dan Dinar masih lagi diterima pajak oleh Agro bank, tetapi sekarang tidak lagi, sebagai ganti anda boleh la membeli produk i-series http://otakemas.blogspot.com/2011/07/produk-terbaruboleh-bergaya-invest-dan.html )


CARA 3 – Beli , Simpan dan Jual ,Simpan ..Jadi Tokey Emas...

Modal :

Memerlukan modal yang agak besar untuk permulaan Rm 20k

(Walaubagaimanapun jika anda berminat nak jadi Dealer tapi tak cukup modal, anda boleh menghubungi saya di 012-2902002..saya ada cara untuk anda)

Jenis Pelabur :

Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas.

Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas

Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan

Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan

Dengan cara ini anda perlu menjadi Dealer dengan membeli emas sebanyak Rm20k dalam satu resit.

(Jika berminat boleh call saya 012-2902002 untuk penerangan)

Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaj anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda bole menjual emas yang anda miliki.

Komisyen

Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan menapat Komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1%.

Spread yang rendah.

Dengan menjadi dealer juga anda dapat merendahkan spread yang ditetapkan oleh PG..

Contoh : Pelanggan Biasa spread 6%

Sebagai Dealer , komisyen jualan 1%, dan komisyen belian balik 0.5%

Oleh itu Spread sebenar anda sebagai Dealer adalah 6% - 1% - 0.5% = 4.5%

Dengan spread yang kecil anda memiliki peluang yang agak banyak dan luas unutk menjual kembali emas anda dan mendapat keuntungan.

Apa-apa pun penerangan yang diberi diatas adalah atas pandangan saya dan relevan pada masa Blog ini ditulis (5th Feb 2011) .

Sekiranya anda ingin maklumat lanjut, anda boleh la menghubungi saya di 012-2902002 atau 017-3270007 atau email ke germapower@gmail.com

Monday, January 24, 2011

Cerita Di Kedai Emas

Tertarik dengan maklumat yang diberikan oleh seorang rakan yang mengatakan Kedai Emas di pekan "B" adalah yang termurah menjual emas, maka saya dan isteri pun berkunjung ke kedai tersebut......

Situasi ingin membeli emas (Barang Kemas)

Saya: Tokeh! sekarang harga emas berapa?
(Harga emas 916 PG pada masa itu adalah RM145 pergram dan saya pura-pura tak tahu)

Tokeh: Rm130

Saya: wow! banyak murah...(terkejut juga sebab murah dari emas PG yang dikatakan tiada kos upah)

Tokeh: Kita memang jual murah punya, ini pekan semua orang kampung datang beli sini punya..

Saya : Harga upah berapa?

Tokeh: Upah ikut design, lain harga..simple design upah murah, kalau cantik..upah tinggi sikit la

Saya: Yang ini berapa?...(sambil menunjukkan yang design sederhana...)

Tokeh pun mengambil calculator dan menunjukkan jumlah harga kepada saya.

Saya pun mengambil harga yang diberi dan bahagikan semula dengan berat emas itu....maka harg pergram telah menjadi Rm155.

(Pada masa itu, harga emas 916 Public Gold adalah Rm145, dan harga emas FGJAM RM166 per gram.)

Ternyata memang mahal..mesti dah ramai orang kampung tertipu...

Situasi ketika ingin menjual emas

Maka saya pun berpura-pura lah nak menjual emas ditangan dengan tujuan untuk membeli emas yang baru.

Saya: Kalau saya jual ini emas berapa boleh ambil?

Tokeh: Sama juga RM130, Kita tak de beza punya...harga beli dan harga jual sama...

Terkejut juga saya dengar kenyataan Tokeh tu..maka terbayang la dalam kepala macamana nak buat untung
......beli barang kemas PG dan jual kt kedai ini....untung oooo. Pada masa tu PG buyback Rm 117.

Kerana terlalu excited , isteri saya pun mengeluarkan gelang emas nya dan menyuruh Tokeh tu kira berapa dia boleh ambil...

Tokeh: Tapi itu barang kemas kita kira used gold...ada susut nilai punya..sebab kita lebur balik...

Saya: Berapa you caj susut nilai?

Sambil mengambil calculator dan menunjukkan harga yang Tokeh tu ambil....

Saya pun mengambil calculator tu semula dan bahagikan jumlah berat emas....harga pergram menjadi Rm107.

Rasa tertipu maka saya pun dengan selamba beredar dari kedai emas tu..


Kesimpulan

Jangan mudah tertipu dengan cara dan strategi Tokeh Kedai emas.....Oleh itu dalami lah ilmu emas anda sebelum anda membeli emas di Kedai Emas....


Kalau nak selamat dan murah belilah emas Public Gold...confirm tiada Kos Upah dan harga buyback yang tinggi.....

Harga barang kemas Public Gold berubah mengikut trend pasaran harga emas dunia...

Jadi..kalau anda berminat nak membeli emas boleh lah call 012-2902002 atau email ke germapower@gmail.com


Call atau Sms 012-2902002 untuk maklumat lanjut



Saturday, January 8, 2011

Macamana Nak Jadi Dealer Public Gold




Jom Jadi Dealer Public Gold Rangkaian Otak Emas.

Tak kira anda berada di Kawasan Lembah Klang ataupun Luar Kawasan Selangor.

Anda Diperlukan.

Dengan Pembelian Emas sebanyak Rm2ok, anda sudah dapat menjadi Normal Dealer Public Gold dan boleh menikmati 1% komisyen dari setiap pembelian anda.

Beli EMAS dapat EMAS...100% milik anda, Duit anda, EMAS anda punya..

Dengan emas yang anda miliki anda boleh simpan hingga harga naik dan jual (Boleh Jual balik kepada saya)

Ataupun jika keadaan terdesak anda boleh pajak di mana-mana Agro Bank.

Jika tiada Modal sebanyak RM20K untuk anda menjadi dealer!

Jangan risau masih ada lagi cara lain....

Cara 1.

Pembelian Emas secara EPP (Easy Payment Purchase)

Kaedah ini adalah salah satu kemudahan pembayaran yang diberikan oleh Public Gold.
Dengan EPP anda boleh membeli emas ataupun menjadi dealer dengan membuat bayaran ansuran selama 4 kali dalam masa 4 bulan berturut-turut.

Untuk perkhidmatan ini anda cuma dikenakan bayaran Admin Fees 0.5% dari jumlah order.

Emas anda akan dapat setelah selesai semua pembayaran.

Contoh pembelian dengan EPP.

Total Belian RM 20,000 (Layak utk jadi Dealer)

Admin Fees = RM20,000 x0.5% = Rm100.

Jumlah Keseluruhan = RM 20,100

Bayaran Sebulan = Rm20,100 / 4 bulan = Rm5025.

Setelah selesai pembayaran bulan ke 4, anda boleh la ambil emas anda.

Dengan menjadi Dealer anda akan dapat komisyen 1% ( RM 200) dari jumlah jualan.

Jadi anda masih lagi untung Rm1oo ( Komisyen RM 200 - Admin Fees Rm 100 ).

APA TUNGGU LAGI!

JADILAH DEALER RANGKAIAN OTAK EMAS,

ANDA AKAN DIBIMBING.



Dengan EPP pun anda boleh membeli emas sekadar untuk simpanan,

Hubungi saya 012-2902002 Untuk maklumat lanjut dan penerangan detail ataupun untuk pembelian emas

Jika anda membeli emas emas harga rendah, anda akan menikmati keuntungan yang maksimum, kerana bila sahaja emas di tangan anda selepas 4 bulan, harga emas sudah tentunya naik....UNTUNGGG



Cara 2,( Cara ni kena ada modal sikit)


Pembelian bersama dengan saya dan anda layak menjadi dealer...

Bahagian Anda :Emas dan Komisyen anda punya
Bahagian saya : Emas dan Komisyen saya punya.

Berminat boleh la call 012-2902002 atau email kan ke germapower@gmail.com



Wednesday, January 5, 2011

Seminar Pelaburan Emas bulan January..Free aje


Seminar Peluang Perniagaan Emas Bulan January

Salam, anda mungkin sebelum ini pernah mendengar berkenaan dengan pelaburan emas,
...anda tahu harga emas akan naik dan naik lagi.
...anda tahun pelaburan dalam emas memang menguntungkan

tetapi masih lagi was-was dan tidak berani untuk melaburkan duit anda ke dalam emas.

Lagi lama anda tunggu, lagi banyak penyesalan yang akan datang.

Ayuh hilangkan rasa was-was anda dengan menambahkan ilmu pelaburan emas dengan menghadiri seminar percuma yang diadakan di Sunway pada bulan January.

PERCUMA! PERCUMA! dan tiada paksaan.

Jika berminat untuk hadir, sila sms 012-290 2002 untuk pendaftaran

1.Nama penuh anda
2.No Hp
3. ICNO


Jadual Seminar Pelaburan Emas di Sunway

Sabtu 22/1/2011
.
2 sesi (pilih salah satu sahaja)

i. 12 tgh – 2.00 ptg

ii. 8.30PM - 10.30 PM

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar S


Lain-lain tempat

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu
.
8/1/2011
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka
Selasa
.
11/1/2011
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Rabu
.
12/1/2011
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Khamis
.
13/1/2011
.
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Ahad 16/1/2011 8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban,
Rabu 19/1/2011 8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Khamis
.
20/1/2011
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
Jumaat 21/1/2011
.
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kuantan
Pahang
Hotel Seri Malaysia
Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan
Sabtu 22/1/2011
.
2 sesi (pilih salah satu sahaja)

i. 12 tgh – 2.00 ptg

ii. 8.30PM - 10.30 PM

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,


Saturday, January 1, 2011

Kenapa Perlu Simpan Emas...Wang Kertas yang susut nilai....



Salam...

Mungkin masih ramai tertanya-tanya kenapa kita perlu menyimpan emas?
.. kenapa kita perlu beli emas?
...Kenapa tak simpan aje duit kertas kita dalam ASB? sekurang-kurangnya dapat la juga 8% setahun deviden dan bonus.


Yang sebenarnya kalau kita simpan dalam bentuk wang kertas, nilainya akan susut dimakan oleh inflasi atau kenaikan harga barang...

Contoh:

Case Roti Canai.....(Saya bagi contoh ni sebab saya suka makan roticanai)

...kalau dulu (sekitar tahun 1996) roti canai dikedai mamak kita boleh beli dengan harga 40 sen sahaja....tetapi sekarang 1 keping Rm1....

Dulu
........bawa Rm1 pergi kedai mamak dah boleh dapat 2 keping roti canai dan ada balance lagi 20 sen.." Mamak! roti canai 2 keping....."
Sekarang
........bawa Rm1 hanya boleh beli sekeping roti canai sahaja. " Mamak..roticanai sekeping saje ha!"

Akan Datang
........."Mamak....roti canai separuh"....dengan nilkai Rm1....harap takjadi la macamni.

Ini bermakna duit Rm1 yang kita pegang dan simpan dari dulu telah susut nilai sebanyak 60% untuk belian roti canai.

Manakala duit Syiling Rm1 yang dulu mempunyai nilai, tetapi sekarang nilainya tiada lagi....100% susut


Case Harga Minyak.

Kalau roti canai duit kita telah hilang 60%, minyak lagi teruk....

Dulu.......Pada tahun 2000, harga minyak petrol ialah Rm 1.20 satu liter.....
Sekarang.......harga satu liter minyak ialah Rm 2.30....

Betapa teruknya nilai duit kertas yang kita pegang.....

Anda bertungkus lumus kerja siang dan malam untuk mencari duit dan juga melabur sana sini adalah hanya untuk mempertahan kan kekayaan yang anda ada sahaja,

Mempertahankan dari dimakan inflasi....(itupun kalau berjaya)
bukanya menambahkannya....



BELI EMAS...SIMPAN EMAS...ANDA UNTUNG

Tetapi jika anda menyimpan dalam emas, nilai kekayaan tetap disimpan dengan baik.

Contoh pada 1400 tahun dahulu (zaman Nabi) seekor kambing dapat dibeli dengan Satu Dinar sahaja....dan sekarang seekor kambing pun dapat di beli dengan 1 Dinar....

1 Dinar = Rm 669 (1st Jan 2011) = 1 ekor kambing.


Emas adalah penyimpan nilai paling stabil di dunia....jadi apa lagi jangan tunggu lama-lama.
Lagi lama anda tunggu lagi banyak duit anda akan susut nilai hasil daripada inflasi.

Dan tahukah anda bahawa inflasi untuk Dinar emas adalah 0%



Simpan lah emas sekarang dan nilai kekayaan anda akan tersimpan dengan selamat.

Call atau sms 012-2902002 untuk sebarang pertanyaan mengenai Pelaburan Emas.

Malu nak telefon, hantar email pun boleh germapower@gmail.com






Friday, December 24, 2010

Lagi Kelebihan Menyimpan Emas ...Hutang Credit Card


Semua sudah sedia tahu bahawa menyimpan emas ini ada banyak kebaikan seperti
1. penyimpan nilai yang paling stabil,
2.kenaikan harga emas setinggi 20% hingga 30% setahun
dan lain-lain lagi.


Baru-baru ini secara tak sengaja terjumpa la pulak lagi satu kebaikan membeli dan menyimpan emas ini....

Cerita dari salah seorang Dealer Public Gold....
"Semalam kawan aku dapat bonus, dia kata duit bonus tu nanti nak bayar hutang credit card,
Selepas mendengar cerita pelaburan emas dari aku, dia terus beli emas.

Bila dah dapat emas tu, dia pergi Agro Bank dan pajak emas tu balik dan duit yang dapat hasil pajakan digunakan untuk membayar Hutang Credit Card....

Dengan duit Bonus yang ada ,
1.Emas dapat,
2.Hutang credit card dah settled.
3.Beban hutang pun kurang
(Kalau dulu hutang credit card sebulan 1.5%, sekarang upah simpan agro bank 0.7% sebulan)



Jadi apa tunggu lagi, satu demi satu kebaikan dan kelebihan menyimpan emas telah terdedah.

Jom beli emas dan simpan emas.

Berminat nak beli emas boleh la call atau sms 012-2902002 atau email germapower@gmail.com


Thursday, December 16, 2010

Matawang akan jatuh dengan teruk....Dr.M


Adalah Dr.M sedang memberi nasihat yang tersurat kepada kita supaya menyimpan dalam emas kerana duit kertas akan menjadi tidak laku.

Sebagai bekas perdana menteri Malaysia, Dr.M tidak akan memberitahu kita secara terus terang yang system matawang kertas sedang menuju kegagalan....tetapi dari kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Dr.M dan juga perjuangan Dr.M dalam penggunaan Dinar emas secara tidak langsung menasihatkan kita supaya membeli emas dan menyimpan emas.........

"Matawang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu, tetapi bukan nilai sebenar.........
"Namun emas boleh mewakili nilai sebenar...kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia"

"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menhadapi inflasi"

Adalkah Inflasi yang teruk akan melanda Malaysia dan dunia?

Apa akan jadi dengan nilai kekayaan yang kita simpan dalam bentuk matawang jika inflasi berlaku.....susah tentulah susutnilai, ataupun duit kita akan jadi tidak bernilai ....http://otakemas.blogspot.com/2010/10/quantitative-easing-qe-quantitative.html

banyak juga kenyataan-kenyataan Dr.M yang menjurus kepada menyimpan dalam emas dan mengatakan alkisah Currency War


Sekiranya kenyataan-kenyataan Dr.M diatas adalah sebagai nasihat supaya kita menyimpan dalam emas....apa tunggu lagi...marilah kita simpan dalam bentuk emas.....nak tahu macamana?

Hubungi lah saya 012-2902002 untuk khidmat nasihat percuma ataupun sekiranya anda hendak membeli emas.....ingat! beli emas dapat emas

CALL 012-2902002....Azrul Authorised Dealer Public Gold
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...