Monday, June 25, 2012

Kenapa perlu menyimpan emas semasa harga rendah



Kenapa perlu menyimpan emas semasa harga rendah,



Lihat sahaja tajuk diatas rasanya semua dah tahu jawapanya,
"Buy Low Sell High" adalah keyword biasa bagi setiap investor.
Sesuai juga untuk pelaburan emas, beli masa rendah jual masa tinggi.


Ada juga jenis pelabur yang simpan emas untuk jangka masa panjang atas faktor seperti dibawah:


Emas adalah kalis inflasi
Emas adalah penyimpan nilai yang terbaik.
Emas mengelakkan anda dari menjadi miskin.


Bagi pelabur jenis ini, mereka akan menyimpan emas selama yang boleh kerana emas sampai bila-bila pun tetap mempunyai nilai yang tinggi.


contoh pada tahun 1997 saya membeli sebentuk cincin denga harga Rm37/segram, dan sekarang (June 2012) beharga sekitar Rm165 - Rm170 segram.


Dan kita mereka hanya menjual emas yang dimiliki apabila perlu menggunakan duit sahaja,


Dengan emas yang dimiliki boleh diwarisi kepada anak-anak dan cucu cicit.
Ia bertindak sebagai harta yang mudah dialih dan dipindah milik.


Jadi semasa harga emas rendah inilah antara masa terbaik untuk kita mula menyimpan emas untuk dijadikan harta dan simpanan kerana suatu masa nanti mungkin duit kertas hanya akan jadi nombor sahaja tanpa nilai.


Yakin dan percayalah bahawa emas tetap akan menyimpan nilainya sampai bila bila, hanya matawang yang jatuh ataupun naik.


Contoh terbaik adalah 1ekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar pada 1400 tahun dahulu dan sekarang juga 1 ekor kambing bernilai Rm700 dan boleh dibeli dengan satu dinar.


Fikir-fikir kan lah


Anda boleh tonton youtube "International Moneytory System" 


http://www.youtube.com/watch?v=f6iFFs0l3fs

http://www.youtube.com/watch?v=u4xXnEKUY1U

Tuesday, June 12, 2012

Antara Teknik Teknik Menjadi Peniaga Emas Berjaya

Assalamualaikum pada semua pembaca setia blog Otakemas.


Teknik-teknik yang saya tulis ini adalah hasil perbincangan dan pengumpulan maklumat dari otai-otai emas berjaya dan juga dari seminar-seminar emas yang saya hadiri.Juga ada yang didapati dari ebook yang dibaca dan juga buku-buku pelaburan juga sumber-sumber dari internet.


Portal yang mempunyai semua blog pelabur emas ada disini 
http://dariblogpelaburanemas.blogspot.com/


Sebenarnya untuk berjaya dalam sesuatu bidang mestilah kena ada ilmu, dan rajin cari ilmu tanpa henti-henti, dan yang paling penting bila dah dapat ilmu tu terus kena take action.


Teknik-tekniknya adalah :(Susunan adalah tidak mengikut priority)


1. Yakin dan Jujur dengan produk anda jual:
Bagi saya ini adalah yang paling penting, sebab kalau saya sendiri tidak yakin dengan produk yang saya jual maknanya saya menipu diri sendiri dan juga customer.Dalam berniaga kita kena jujur.


2.Rajin tulis Blog.
 Kebanyakkan peniaga-peniaga emas yang berjaya semuanya memiliki blog sendiri.
Tapi takat ada blog jarang update pun tak guna juga.
Ini terbukti kepada saya kerana apabila saya jarang update blog Otakemas saya, terasa ada kekurangan dari biasa.
Jadi rajin-rajin la update blog.


3.Consistent dalam mempromosi blog anda.
Anda boleh menggunakan Facebook untuk promote blog anda setiap kali anda update blog anda.



Facebook Logo


4.Consistent berniaga.
Anda kena sentiasa bersedia menjual emas anda walaupun pada harga tengah murah...jangan sorok-sorok sebab pelanggan akan marah anda jika anda sorok.
Apabila anda menjual pada harga rendah sedangkan stock yang ada dibeli pada harga tinggi, maka anda perlulah restock semula barang yang dah terjual.


5.Berikan khidmat terbaik.
Apabila anda memberikan khidmat terbaek, maka pelanggan akan selesa dengan anda dan akan terus mencari anda apabila pelanggan ingin menambah stock emas.
Bukan itu sahaja, maka pelangan akan secara tidak langsung akan membuat marketing free untuk anda supaya orang lain juga beli dengan anda.


6.Business Card.
Business card juga adalah penting sebab ini adalah salah satu "Business Tools" yang mesti dimiliki oleh peniaga emas.
Salah seorang peniaga emas berjaya menceritakan dimana sahaja dia berada dia akan pastikan business card akan dibawa dan diberi kepada sesiapa sahaja yang dijumpai.
7.Rajin menghadiri seminar-seminar
Tak kira la seminar berbayar atau pun free yang penting ada maklumat baru dan teknik baru yang boleh dipelajari dan digunapakai.


8. Dan yang paling penting doa pada Allah minta dimurahkan rezeki dunia dan akhirat dan juga banyak membantu ibubapa dan juga banyak berzakat dan bersedekah.


Ada banyak lagi teknik-teknik yang bagus dan digunapakai oleh peniaga-peniaga emas yang lain

Saturday, June 9, 2012

Ilmu Tambahan mungkin Wajib Investment Emas dan Perak

Salam kembali kepada pembaca blog Otakemas,


Minta maaf sebab dah lama tak update blog ni dek kesibukan kerja.
Trend harga emas pada tahun ini tidak banyak menunjukkan kenaikan seperti tahun tahun sebelum ini.


Kalau sebelum ini, beli aje emas kita terus merasa untung dengan kenaikan harga, kekadang bangga pun ada sebab telah berjaya membeli emas pada harga rendah dah sudah nampak hasil bila harga emas naik.


Nak beli pada bila-bila masa pun tak perlu rasa takut sebab yakin simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang tentu untung.


Tapi bila pergerakan harga turun naik tak menentu, ramai mula bimbang.
Sebab pergerakan dah tak sama dengan sebelum ini.
Ada juga terpaksa membuat jualan rugi sebab panic dengan kejatuhan harga emas.


Bila harga sudah rendah, ada juga masih tidak membuat pembelian dan bila naik mula membeli lepas tu turun balik rasa menyesal la pulak.


Semua ini adalah disebabkan kurang ilmu dan tak tahu bila nak membeli dan bila nak menjual dan tak tahu bagaimana pergerakan emas bergerak.


Kepada anda yang sudah membeli emas fizikal, saya galakkan anda untuk menambah ilmu dengan analisis teknikal pergerakan emas dan perak.


Dengan ilmu analisis teknikal ni mungkin boleh menolong kita mengurangkan membuat kesilapan dalam pembelian adan penjualan emas perak.


Saya telah membeli dan membaca ebook "Panduan Analisis Teknikal Emas Dan Perak" dan bagi saya buku ini amat bagus dan mudah difahami.


click link E Book Panduan Analisis Teknikal Emas Dan Perak
untuk mengetahui preview ebook ini.



http://www.goldsilvertechnical.com/hop.php?ref=rule
Selamat Menuntut Ilmu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...