Kenapa perlu menyimpan emas semasa harga rendah,
Lihat sahaja tajuk diatas rasanya semua dah tahu jawapanya,
"Buy Low Sell High" adalah keyword biasa bagi setiap investor.
Sesuai juga untuk pelaburan emas, beli masa rendah jual masa tinggi.
Ada juga jenis pelabur yang simpan emas untuk jangka masa panjang atas faktor seperti dibawah:
Emas adalah kalis inflasi
Emas adalah penyimpan nilai yang terbaik.
Emas mengelakkan anda dari menjadi miskin.
Bagi pelabur jenis ini, mereka akan menyimpan emas selama yang boleh kerana emas sampai bila-bila pun tetap mempunyai nilai yang tinggi.
contoh pada tahun 1997 saya membeli sebentuk cincin denga harga Rm37/segram, dan sekarang (June 2012) beharga sekitar Rm165 - Rm170 segram.
Dan kita mereka hanya menjual emas yang dimiliki apabila perlu menggunakan duit sahaja,
Dengan emas yang dimiliki boleh diwarisi kepada anak-anak dan cucu cicit.
Ia bertindak sebagai harta yang mudah dialih dan dipindah milik.
Jadi semasa harga emas rendah inilah antara masa terbaik untuk kita mula menyimpan emas untuk dijadikan harta dan simpanan kerana suatu masa nanti mungkin duit kertas hanya akan jadi nombor sahaja tanpa nilai.
Yakin dan percayalah bahawa emas tetap akan menyimpan nilainya sampai bila bila, hanya matawang yang jatuh ataupun naik.
Contoh terbaik adalah 1ekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar pada 1400 tahun dahulu dan sekarang juga 1 ekor kambing bernilai Rm700 dan boleh dibeli dengan satu dinar.
Fikir-fikir kan lah
Anda boleh tonton youtube "International Moneytory System"
http://www.youtube.com/watch?v=f6iFFs0l3fs
http://www.youtube.com/watch?v=u4xXnEKUY1U
No comments:
Post a Comment