Tuesday, June 12, 2012

Antara Teknik Teknik Menjadi Peniaga Emas Berjaya

Assalamualaikum pada semua pembaca setia blog Otakemas.


Teknik-teknik yang saya tulis ini adalah hasil perbincangan dan pengumpulan maklumat dari otai-otai emas berjaya dan juga dari seminar-seminar emas yang saya hadiri.Juga ada yang didapati dari ebook yang dibaca dan juga buku-buku pelaburan juga sumber-sumber dari internet.


Portal yang mempunyai semua blog pelabur emas ada disini 
http://dariblogpelaburanemas.blogspot.com/


Sebenarnya untuk berjaya dalam sesuatu bidang mestilah kena ada ilmu, dan rajin cari ilmu tanpa henti-henti, dan yang paling penting bila dah dapat ilmu tu terus kena take action.


Teknik-tekniknya adalah :(Susunan adalah tidak mengikut priority)


1. Yakin dan Jujur dengan produk anda jual:
Bagi saya ini adalah yang paling penting, sebab kalau saya sendiri tidak yakin dengan produk yang saya jual maknanya saya menipu diri sendiri dan juga customer.Dalam berniaga kita kena jujur.


2.Rajin tulis Blog.
 Kebanyakkan peniaga-peniaga emas yang berjaya semuanya memiliki blog sendiri.
Tapi takat ada blog jarang update pun tak guna juga.
Ini terbukti kepada saya kerana apabila saya jarang update blog Otakemas saya, terasa ada kekurangan dari biasa.
Jadi rajin-rajin la update blog.


3.Consistent dalam mempromosi blog anda.
Anda boleh menggunakan Facebook untuk promote blog anda setiap kali anda update blog anda.



Facebook Logo


4.Consistent berniaga.
Anda kena sentiasa bersedia menjual emas anda walaupun pada harga tengah murah...jangan sorok-sorok sebab pelanggan akan marah anda jika anda sorok.
Apabila anda menjual pada harga rendah sedangkan stock yang ada dibeli pada harga tinggi, maka anda perlulah restock semula barang yang dah terjual.


5.Berikan khidmat terbaik.
Apabila anda memberikan khidmat terbaek, maka pelanggan akan selesa dengan anda dan akan terus mencari anda apabila pelanggan ingin menambah stock emas.
Bukan itu sahaja, maka pelangan akan secara tidak langsung akan membuat marketing free untuk anda supaya orang lain juga beli dengan anda.


6.Business Card.
Business card juga adalah penting sebab ini adalah salah satu "Business Tools" yang mesti dimiliki oleh peniaga emas.
Salah seorang peniaga emas berjaya menceritakan dimana sahaja dia berada dia akan pastikan business card akan dibawa dan diberi kepada sesiapa sahaja yang dijumpai.
7.Rajin menghadiri seminar-seminar
Tak kira la seminar berbayar atau pun free yang penting ada maklumat baru dan teknik baru yang boleh dipelajari dan digunapakai.


8. Dan yang paling penting doa pada Allah minta dimurahkan rezeki dunia dan akhirat dan juga banyak membantu ibubapa dan juga banyak berzakat dan bersedekah.


Ada banyak lagi teknik-teknik yang bagus dan digunapakai oleh peniaga-peniaga emas yang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...