Friday, September 7, 2012

Harga emas dah naik...apa nak buat?

Alhamdulilah harga emas telah naik semula ke paras Usd1739 per ounce.(7th Sept 2012)
Dengan kenaikan harga emas ni bermacam macam reaksi boleh dilihat dari penyimpan emas,pelabur emas dan juga peniaga emas.
Apa nak buat? Nak jual ke?Nak beli ke? Atau nak terus simpan?
Berikut adalah pandangan saya berdasarkan pengalaman dan maklumat dari rakan rakan.
Emas sebagai Aset dan Harta.
Kalau anda menyimpan emas sebagai ASET dan untuk melindungi harta anda dari dimamah inflasi...maka simpan la emas anda sebagaimana anda membeli aset seperti tanah dan juga rumah.
Simpanan untuk jangkamasa depan dan panjang
Emas sebagai Pelaburan
Kalau anda beli emas untuk menjana duit fiat maka sekarang adalah masa sesuai untuk anda menukarkan emas anda kepada duit fiat atau duit kertas.
Juga masa sesuai untuk menjual jika anda sudah bosan simpan emas dan nak merasai keuntungan hasil dari simpanan emas.
Setiap yang naik pasti akan turun, jadi belilah semula emas jika harga turun kembali.
Emas sebagai Perniagaan.
Kepada yang menjadikan emas sebagai perniagaan, setiap masa adalah sesuai untuk menjual dan membeli emas. Tapi kalau nak untung besar belilah emas semasa harga rendah dan jualah semula pada harga tinggi.
Setiap pelaburan mesti ada risiko.Dalam situasi ini risiko yang akan anda hadapi apabila menjual emas anda ialah berkemungkinan besar anda tidak dapat membeli semula dengan harga yang anda jual.mungkin anda terpaksa beli dengan harga yang lebih tinggi.
Jadi.... Apa nak buat? Jual?Beli lagi?  atau terus simpan.
Untuk tidak memeningkan kepala , saya membahagikan kepada tiga bahagian.30% simpanan, 30% pelaburan dan 40% utk pelaburan...dengan cara ini saya boleh membeli, menjual dan menyimpan pada bila bila masa dan target utama saya ada supaya simpanan emas saya bertambah hasil dari pelaburan dan perniagaan emas saya...
Jom kita jadi penyimpan, pelabur dan peniagaa emas. 
Maklumat lanjut boleh la hubungi 0122902002

Saturday, August 25, 2012

Simpan duit Raya Anak pada Dinar dan Dirham

Salam semua dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Biasanya pada tahun tahun sebelum ni duit raya anak anak akan saya masukkan dalam simpanan ASB.
Tapi tahun ni saya tukar strategy dengan menukarkan duit raya anak anak pada dirham.Nak tukar pada dinar x cukup, jadi kita simpan dalam dirham ajelah.
Bila kita cerita kat anak anak nak ditukarkan duit raya pada dirham secara x lagsung kita dah educate anak anak kita untuk menyimpan dalam emas dan perak.Dirham dapat, Ilmu pun dapat. INSYAALLAH.



Wednesday, August 22, 2012

Harga emas sedang mendaki semula


Alhamdulilah, setelah hampir setahun harga emas agak flat pergerakan nya seperti tahun 2008, tetapi dalam minggu ni pergerakan nya banyak kepada trend menaik. Usd 1660/peraunce pada 10am 23th Aug 2012.
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini jika trend yang sama pada tahun 2008 berulang, maka emas akan terus menaik dan naik.Jadi bertindak lah dari sekarang dengan melabur dalam emas fizikal.
Pelaburan emas fizikal adalah antara pelaburan terbaek dan dijamin nilainya tidak dimamah dengan inflasi.
Emas sejak dari dulu hingga akan datang dan berterusan tetap dinilai berharga oleh seluruh dunia....kerana emas menyimpan nilainya tersendiri.
Jangan takut dan yakinlah dengan pelaburan emas fizikal anda.

Cuba bandingkan pergerakan emas pada tahun tahun 2008 dan 2012 dalam link dibawah
http://otakemas.blogspot.com/2012/07/tips-pelaburan-jangan-takut-rugi.html



Maklumat lanjut tentang pelaburan emas, anda boleh cal 0122902002 atau email ke gernapower@gmail.com

Thursday, August 16, 2012

Resale value/Susutnilai Beli Kereta dan SPREAD Emas

Ibarat beli 2 kereta,
satu beli kereta brand Jepun Harga Mahal dan.....
satu lagi beli kereta brand Continental, rega murah sikit.........
 Pastu lepas 3 tahun jual balik,
....agak- agak susut nilai kereta mana yang banyak jatuh?
....agak-agak kereta mana yang jual rugi banyak?

Pengalaman saya masa membeli kereta, salesman akan advice kita supaya beli kereta yang mempunyai RESALE value yang tinggi,iatu harga jualan balik yang nilai nya tak jatuh banyak,
Walaupun harga beli agak mahal, tapi bila dijual semula, tak banyak harga yang jatuh, maka kereta itulah pilihan terbailk.

Begitu jugalah dalam pelaburan emas,  SPREAD sangat penting untuk pelabur yang ingin memulakan pelaburan emas, kerana jika emas yang dibeli mempunyai spread yang rendah , maka pelabur itu akan menikmati keuntungan yang besar dan cepat jika harga emas naik berbanding dengan pelaburan emas yang mempunyai spread yang tinggi.

Bijak-bijak lah memilih dalam pelaburan emas anda.

Thursday, July 26, 2012

Tips Pelaburan - Jangan takut rugi

Jangan takut pada kerugian jika nak untung dalam pelaburan. Rugi adalah risiko yang harus diambil dalam setiap pelaburan.Jarang nak jumpa pelaburan yang tiada risiko.Kalau ada pun mungkin pulangan nya rendah.

High Risk High Return
Low Risk Low Return

Tetapi dalam pelaburan emas boleh dikatakan Low Risk High Return.

Kenapa saya berkata begitu sebabnya ialah pelaburan emas untuk jangkamasa panjang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi.
Lagi lama disimpan lagi tinggi nilainya malah tidak dimamah oleh inflasi.

Cuma tahun ini 2012 trend harga emas yang lebih kepada turun dan sideway telah membuatkan ramai pelabur pelabur emas merasa rugi dalam pelaburan emas.

Sebenarnya dalam pelaburan emas kalau anda berpegang kepada berat emas yang dipegang dan bukan cashflow, sebenarnya anda tidak rugi pun walau harga turun rendah.
Sebabnya berat emas yang anda pegang tetap sama.
Dan lagi sekiranya harga jatuh tetapi anda masih tidak menjual emas fizikal anda, sebenarnya anda tidak rugi pun sebab masih tiada transaction yang berlaku.rugi dalam perasaan sahaja.Jadi anda masih boleh simpan emas anda sehingga harga naik dan mencapai target untung anda dan jual.Mudah bukan?

Jadi sepatutnya semasa harga rendah inilah kita patut ambil kesempatan yang ada dengan membeli seberapa banyak emas yang mampu.

Takut rugi maka anda terlepas peluang untuk untung besar.Trend emas pada tahun ini lebih kurang sama dengan trend emas pada tahun 2008. Selepas tahun 2008 harga emas mencanak naik.Adakah trend menaik yang sama akan belaku selepas ini?..

Hanya ALLAH yang tahu.


Friday, July 6, 2012

Buat Untung dengan Emas Public Gold

Salam semua.
Taniah kepada anda yang sudah terlibat dalam pelaburan emas. Tak kira apa company yang anda join, pelaburan emas tetap akan menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Tetapi dengan trend harga emas kebelakangan ini terutama akhir tahun 2011 hingga sekarang, boleh dikatakan kenaikan tidak memberangsangkan. Jadi ramai juga antara pelabur yang sudah jadi pasif.

Pelaburan emas yang dikatakan sebelum ini boleh mendatangkan keuntungan antara 18% hingga 25% setahun makin sukar dipercayai terutama yang baru nak melabur.

Kepada yang dah melabur, masih tidak dapat menjual emas mereka kerana disangkakan tidak untung.

Tahukan anda dengan pelaburan emas PUBLIC GOLD, anda masih boleh membuat untung walaupun kenaikan harga tidak memberangsangkan....MACAMANA TUUU?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, dalam pelaburan emas FIZIKAL perkara paling UTAMA yang harus diambil kira adalah SPREAD....SPREAD....dan SPREAD.

Lagi kecil SPREAD lagi cepat anda akan dapat UNTUNG.
Selepas anda membeli emas spead yang paling rendah contoh 100g atau 250g atau 10Dinar, tunggu kenaikan harga emas naik dalam 4%.

Contoh dibawah adalah kenaikan harga dalam 3.6% dalam masa 2 minggu sahaja.



Dengan kenaikan emas dalam 3.6% seperti gambar diatas anda sudah boleh menjual emas anda dengan harga PG Buy....

Bila anda jual emas anda dengan harga PG Buy, ternyata anda rugi, kalau dalam investment kalau anda takut rugi anda tidak akan berjaya atau lambat berjaya.
Walaupun secara langsung anda mengalami kerugian tapi sebenarnya anda untung....MACAMANA TUU?

YA! dengan komisyen yang anda dapat masa membeli dan juga menjual.anda sudah boleh mendapat untung setelah menolak kerugian masa anda jual.

Simulation diatas dengan komisyen 1.5% priority dealer. Jadi kalau nak untung cepat kenalah jadi Priority Dealer dengan membuat belian RM100k dalam satu resit, automatik anda menjadi Priority Dealer.

Jadi kepada yang sekarang hanya berstatus Customer ataupun dealer, marilah rebut peluang yang ada dengan upgrade diri anda menjadi Priority Dealer.

Mudah aje nak jadi Priority Dealer....hanya buat belian Rm100k dalam satu resit

Kalau berminat nak tahu cara nak jadi dealer sila click http://otakemas.blogspot.com/p/bagaimana-cara-menjadi-dealer-public.html



Sekian


Monday, June 25, 2012

Kenapa perlu menyimpan emas semasa harga rendah



Kenapa perlu menyimpan emas semasa harga rendah,



Lihat sahaja tajuk diatas rasanya semua dah tahu jawapanya,
"Buy Low Sell High" adalah keyword biasa bagi setiap investor.
Sesuai juga untuk pelaburan emas, beli masa rendah jual masa tinggi.


Ada juga jenis pelabur yang simpan emas untuk jangka masa panjang atas faktor seperti dibawah:


Emas adalah kalis inflasi
Emas adalah penyimpan nilai yang terbaik.
Emas mengelakkan anda dari menjadi miskin.


Bagi pelabur jenis ini, mereka akan menyimpan emas selama yang boleh kerana emas sampai bila-bila pun tetap mempunyai nilai yang tinggi.


contoh pada tahun 1997 saya membeli sebentuk cincin denga harga Rm37/segram, dan sekarang (June 2012) beharga sekitar Rm165 - Rm170 segram.


Dan kita mereka hanya menjual emas yang dimiliki apabila perlu menggunakan duit sahaja,


Dengan emas yang dimiliki boleh diwarisi kepada anak-anak dan cucu cicit.
Ia bertindak sebagai harta yang mudah dialih dan dipindah milik.


Jadi semasa harga emas rendah inilah antara masa terbaik untuk kita mula menyimpan emas untuk dijadikan harta dan simpanan kerana suatu masa nanti mungkin duit kertas hanya akan jadi nombor sahaja tanpa nilai.


Yakin dan percayalah bahawa emas tetap akan menyimpan nilainya sampai bila bila, hanya matawang yang jatuh ataupun naik.


Contoh terbaik adalah 1ekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar pada 1400 tahun dahulu dan sekarang juga 1 ekor kambing bernilai Rm700 dan boleh dibeli dengan satu dinar.


Fikir-fikir kan lah


Anda boleh tonton youtube "International Moneytory System" 


http://www.youtube.com/watch?v=f6iFFs0l3fs

http://www.youtube.com/watch?v=u4xXnEKUY1U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...